Photo slider

Saturday, 30 March 2013

Jalan2 @ Kuala Penyu & Beaufort

     Hari ni aku, Zamrie dgn Kak Zurinah pegi melawat org kawin, Actually yang kawin ni kawan zamrie, aku ni kira join2 jak, untuk Hilangkan boring.. Kami start jalan dari Putatan kira2 jam 9.30 macam tu lah dan sampai disana dalam jam 11 jg. plus dgn sesat x tau jalan, sebenar x sesat pun, cuma byk pinjam simpang org lain untuk U-TURN sebab kdg2 terlepas simpang dan perasaan ragu2, Almaklumlah.. 1st time pegi Kuala Penyu. Lagi2 aku menjadi Driver sepenuh masa. Nasib baik semua berjalan dengan lancar.. hehehe

   Rumah pengantin tu terletak di kg kitang Kuala Penyu. Agak sukar jg masuk Kg tu, sebab jalan sempit sgt.. Jalan yang d turap hanya utk 1 laluan kreta, So kalau bertembung mmg kena masuk rumput la skit.. Parking pun kena jauh skit dari Rumah pengantin tp Makanan mmg best dan sedap..
Pasangan mempelai. Semoga Berbahagia ke anak cucu =D
    Kami x lama berada d rumah pengantin memandangkan hujan nak turun dan tmpt parking pun jauh, lepas sahaja pengantin bersanding x lama selepas tu, kami pun beredar. Lepas dari Rumah pengantin kami mmg pelan untuk ke Pekan Kuala Penyu. Sebab x jauh dah dari rumah pengantin tu, dlm 5 - 6km mcm tu la..
Selamat Datang Ke Pekan Kuala Penyu!! (ada Pintu gerbang)
Waterfront View & ada restoren, smbil mkn bleh nikmati keindahan laut

Pasar Sayur ??
    Lepas saja dari Kuala Penyu, Zamrie pla cakap mo pegi Beafort Tgk limau, Apa lagi direct trus la.. Sepanjang perjalanan dari kuala penyu ke beaufort, Sempat lagi aku ambik gmbr pemandangan sepanjang perjalanan, tgk d bwh :-


Yang ni x tau pantai apa.. tp tempat ni agak terbiar.. tp still cantik, utk lepak2 ambik angin

Pantai kat kuala penyu.. (aku edit skit pakai photoshop)
    Dalam Setengah Jam macam tu sampai lah kami d Beaufort. 1st thing sesampai saja kami, Trus pegi masjid, Time tu dah dekat2 jam 1 petang. So kami Zohor lah d Masjid Daerah Beaufort. Kami agak terpegun jg dengan Masjid d beaufort ni. CANTIK dan boleh tahan jg la designnya.
Masjid Beaufort.

Gambar di ambil dari dalam masjid Tingkat atas.

Ni Pla view dalam masjid
Selesai Sahaja Solat Zohor, kami pun pegilah pasar mencari limau , yang dgr2 crita murah kunun limau di beaufort,  tp Agak mengecewakan harga sekilo Limau dalam 6 - 9 ringgit(kira Mahal ni). Tp supaya tidak kempunan, Zamrie bli juga la.. barang sekila stgh mcm tu.
Pilih2.. hehehe drg tgh pilih Limau.

Di Beaufort pun ada juga kedai2 lama mcm ni.. 




Selesai beli Limau, Kami pegi Restoren Brunei Satay House, tempat ni agak popular bagi pengemar2 Satay, Size satay besar serta berpatutan dengan harga dan ofcoz la sedap .. =D Harga Satay rm 0.70 utk ayam, perut, daging utk kambing pula RM1.00 .
Ni lah lokasi restoren Brunei Satay House, x jauh pun dari pasar

Satay !!! Muka kepenatan tp masi mampu utk melahap satay.. 

   Habis saja makan satay, kami jalan2 sekejap kat pekan Beaufort. pastu kami pun pulang. perjalanan pulang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Secara  keseluruhannya, Perjalanan sangat enjoy, dapat melihat tempat baru. Harap Zamrie dgn Kak Zurinah pun enjoy la kan.. walaupun agak penat skit2. haha.. Sampai Sahaja d Rumah , lepas Solat Asar, aku trus tertidur hingga ke maghrib.. Tu pun mcm mls2 lg mo bgn.. haha

Sekian =D

3 comments:

  1. terima kasih.. :D it was fun indeed..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time la kan Pijaaaa.... hehehe telampau kenyang sda tadi.. Klu x mmg burger arnab.. hahaha

      Delete
  2. seriusly..u guys can really eat..hahaha..well, it was a fun journey..

    ReplyDelete